Terima Kasih jika sudi follow ..
Klik I please
Klik lah....Ada Offer Menarik.. JOM TENGOK
Sunday, October 28, 2012
Demam SophieParis
Labels:
SophieParis
Friday, September 21, 2012
Apa yang uniknya dengan PiCture ni...??
Cuba perati.. mcm ada 2 image yg nampak..... Anda leh buat camni ?
Like My Page - Bisnes Untuk Anak-anak
Wednesday, September 19, 2012
Waaahhh ... lelaki macho..sila ambil perhatian!!
Aku tak pernah lagi tengok perut orang laki mcm ni.... Korang ada perut camni..? Kalau korang tu pompuan peknan..normal la...tapiiii.... kalau tak...huissshhh mesti banyak cacing kerawit bersarang dalam perut korang ni...
Agak2nya real ka super imposed gambar ni...?? Kepada lelaki2 di luar sana.... JAGA2....!!
Like My Page - Bisnes Untuk Anak-anak
Agak2nya real ka super imposed gambar ni...?? Kepada lelaki2 di luar sana.... JAGA2....!!
Labels:
Funny
Saturday, May 5, 2012
baru 15 tahun .. jadi bini ka bahan deraan ??
Penjara 10 tahun seksa menantu
KABUL: Bapa, ibu mentua dan kakak ipar seorang pengantin kanak-kanak
yang didera dan kisahnya mengejutkan dunia dikenakan hukuman penjara 10
tahun atas perbuatan mereka, kata seorang pegawai, semalam.
Sahar Gul, 15, yang dibakar dan dipukul serta kukunya dicabut ditemui di bilik bawah tanah rumah suaminya pada Disember lalu di wilayah Baghlan, timur laut Afghanistan. Dia dikurung dalam tandas selama enam bulan.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada bapa
mentua, ibu mentua dan kakak ipar pengantin pada Selasa,” kata jurucakap
Mahkamah Tinggi Afghanistan, Abdul Wakil Omari.
Gul diseksa anggota keluarga suaminya selepas dia menolak untuk menjadi pelacur.
Kumpulan hak asasi, Wanita untuk Wanita Afghanistan yang membantu Gul dalam kes berkenaan, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan hukuman itu.
“Kami tidak berpuas hati dengan hukuman dan akan membantunya membuat rayuan. Mengapa mereka hanya menerima hukuman 10 tahun sedangkan mereka bertindak mendera gadis itu sehingga dia hampir maut,” kata pengurus program, Huma Safi.
Kes Gul menarik perhatian di Afghanistan dan luar negara dan dia turut hadir menyaksikan prosiding di mahkamah di sini yang dihadiri 200 orang.
“Kali pertama beliau tiba di mahkamah dan melihat keluarga mentuanya, beliau ketakutan dan menggigil kemudian beliau bertenang dan meminta supaya hukuman mati bagi keluarga mentuanya,” kata Safi.
Suami Gul dan abang iparnya yang turut dituduh menderanya masih belum dapat diberkas.
Penderaan dan keganasan terhadap wanita terus menjadi masalah utama di Afghanistan selama sedekad selepas tentera asing diketuai Amerika menjatuhkan rejim Taliban.
Menurut angka organisasi kebajikan British, Oxfam, 87 peratus wanita Afghanistan dilaporkan mengalami penderaan fizikal, keganasan psikologi atau seksual atau kahwin paksa.
Suruhanjaya Hak Kebebasan Asasi Manusia Afghanistan melaporkan 1,026 kes keganasan terhadap wanita pada suku kedua 2011 berbanding 2,700 kes sepanjang 2010. – AFP/Agensi

Komen aku :
Ini kes yang terdedah .. yang tak terdedah... ???
Kat Malaysia, laki jadikan bini pelacur pun ada... itu laki tak sayang bini..cuma sayang duit yg bini akan bagi saja... mmg tak layak jadi suami..
Moral -- sebelum kahwin.. berhati-hati ... kalau dah b4 kawin pun dok tangan2kan... nak tunggu apa lagi...???
Friday, April 13, 2012
Rita vs Aidil - Gi Rita Go !!
Aku bukan peminat tegar Rita -- tapi kalau dia berlakon..aku tengokla.. sbb memang jenis aku bukan kipas susah mati punya orang. Today ada terbaca berita pasal Aidil nak bercerai. Perkara pertama yang terlintas - Kesian anak-anak ! Tapi kalau dah 4 bulan anak2 tak tengok bapak diorang... mesti dah tak kisah kan... so kalaulah nanti anak2 dah besar then pandang sebelah mata ja kat bapak tu... jgn pulak nak kata itu anak derhaka...selidik dulu... siapa yang derhaka pada siapa ..?
Ok.. dalam hal ni aku simpati sangat dengan Rita - banyak benda dia kena tanggung..tapi aku pasti dia tak mengeluh kerana perlu tanggung anak2.. Anak2 itu sumber kekuatan dia... Syukur pada Allah.
2008 - Aidil sanggup membelakangkan keluarga sendiri, melukakan hati ibunya kerana ingin memperisterikan Rita. Pengorbanan yang sangat besar kerana dia tidak mahu kehilangan Rita. Sewajarnya pasangan ini telah maklum bahawa perkahwinan tanpa restu keluarga selalunya tidak kekal...TAPI ... jika diiringi doa..insyaAllah... dan sewajarnya juga pasangan ini berusaha untuk mempertahankan ikatan mereka kerana kesusahan yang ditanggung oleh mereka selepas kahwin sepatutnya menjadikan mereka lebih tabah. kalau dah cinta, sepatutnya apa pun sanggup ditempuhi.
Rita dikata macam2.. janda muda yang suka lelaki bujang... helloooo... laki bujang itu takkan tak reti nak buat pilihan kan..? So jgn salahkan Rita kalau Aidil jatuh hati padanya...pasti ada sesuatu yg sungguh istimewa pada Rita hingga Aidil sanggup belakangkan keluarga.
Salah Kita ?
Ada yang kata - Tengoklah nanti.. kawin tanpa restu ni biasanya tak lama. Kenapa doa yang seperti ini..?? Kenapa anda tak sebut benda yang baik. adakah korang mendoakan mereka berpisah. sepatutnya kita kata camni - "Moga2 terbukalah pintu hati keluarga Aidil untuk terima Rita seadanya...biarlah tua pun..tapi masih mampu tandingi body anak dara." Tapi aku yakin kata2 yang pertama tu lebih banyak... now jika penceraian itu terjadi..puaslah hati korang kan...sebab mulut korang masin... maka berbanggalah yek....
Jadilah lelaki yang sebenarnya lelaki...
Aidil memang salah.... dalam bnyk segi..sebagai LELAKI ... dia yg perlu ke depan... dia yang perlu pertahankan Rita. Jika ada kepincangan pada Rita.. suamilah yang perlu dipersalahkan kerana gagal mendidik isterinya. So..jangan ingat sebagai suami , anda ada kuasa VETO..rasa bosan ja...buang...bagi talak 1 2 3 .... nanti masuk neraka pun semudah A B C...
Berilah restu
Ibu bapa Aidil .. bagi aku, anda kejam... takkan tak ada rasa belas langsung pada anak2 Aidil... cucu dah 2 pun... Anda sebagai orang tua yang membesarkan Aidil... fahamilah jiwanya. Jika dia yang memang inginkan penceraian ini, andalah yang sepatutnya memberi nasihat agar ikatan itu tidak terputus.... Bayangkan... jika 2 cucu itu anda buang dan kehidupan mereka terumbang ambing... hak anak itu akan dituntut... anda nak biar kaki Aidil separuh tu menempah gerbang neraka ?
Rita
Permohonan cerai dah sampai.. saya tumpang simpati..moga anda kuat..tapi jika diberi peluang oleh ALLAH untuk bersama lagi dengan Aidil..gunalah peluang itu sepenuhnya untuk cuba memenangi hati mertua anda..jangan kerana mereka tidak suka anda...maka anda pun bertindak menjauhkan diri... anda dan Aidil bersalah sejak awal lagi... jadi tebuslah kesalahan itu...cubalah sehabis daya untuk berada ditempat yang sepatutnya...
dan jika penceraian itu terjadi, saya doakan anda mendapat hak penjagaan ke atas anak2 itu... mereka lebih layak bersama ibu mereka...kerana sememangnya Lelaki Itu Lemah...
** hanya luahan hati aku - tiada percubaan untuk cmpur tangan..hanya mendoakan yang terbaik buat Rita **
Labels:
Macam-Macam
Saturday, March 31, 2012
Jiwang pagi
Setiap kali ada masalah.... kita terjatuh,..kita pasti salahkan orang itu..org ini.. tunjuk sana ..tuding sini...
bak kata org yg dok bagi motivasi 1 jari tuding kat orang.. 3 lagi tala kat diri sendiri....
Apa kata lepas ni...setiap kali ada masalah...kita nilai diri kita dulu...
Contoh - mak marah kita keluar malam... belel 20 minit
kita akan kata - mak ni tak umphh betoi... ketinggalan..
Cuba kita renungkan diri... mak marah ni mesti ada sebab....
# Ayat ini untuk aku yang selalu marah-marah #
Labels:
Jiwang
Friday, March 30, 2012
Lagi mangsa kejam makhluk ada otak takdak akai
Astagfirullah.................
Seorang lagi bayi lelaki ditemui dalam keadaan kepalanya PECAH mungkin kerana terhantuk dinding longkang ketika dihanyutkan arus air longkang.... haaaihhh...orang yg membuang bayi itu meletakkan taraf anak yang dibuang itu seperti air longkang gamaknya..sedangkan yg busuk dan melugai itu adalah diri sendiri....
Perlukan kita mendoakan org yg kejam itu untuk mendapat hidayah... ?
Dosa dengan Allah, kita mohon diampunkan dari Allah.. kalau dosa sesama manusia, kita kena minta ampun pada orang yg kita bersalah itu... then.. orang yg buang baby ni nak mintak maaf macammana pada baby ni..?
Lagi bagus kalau tiap2 malam mak dia ni mimpikan anak dia datang tagih nyawa....
pada jantan poyo tu plak... buatlah mcm ni... korang kena ingat..sampai 1 masa... ada antara ahli keluarga korang akan alami perkara yang sama...
** mereka sangat kejam**
Labels:
Jenayah Membawa Padah
Thursday, March 29, 2012
RM 25 saja..? Geleng kepala !
Segak dan cantik !! Tapi sayang... segak dan cantik itu disalahguna. Mencari rezeki dengan tarian tiang. Namun kesalahan yang mencemarkan maruah seorang gadis islam itu hanya bernilai RM25.00. Ya... itulah harga yang perlu dibayar oleh Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19 untuk berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai.
Mereka dinasihati agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dengan denda RM 25. Berapa ramai yang akan kata .. " RM25 jer.....?? biar betoi..?"
Berapa ramai pula bakal penari tiang akan terdetik....kalau takat denda banyak tu, 10 kali pun aku boleh bayar..." ( upppssss.... pihak yg berkenaan.. saya tidak kondem undang-undang anda ).
Berapa ramai pula tokey2 pusat2 maksiat senyum lebar melihat kita sendiri memperlekehkan hukum kita dgn nilai sebanyak itu..... apa mau takut maaa... kita kasi bayar pun buleh...
------------------------------------------------------------------------
Tiga wanita beragama Islam itu didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret Seremban di sini semalam selepas mengaku bersalah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Labels:
Jenayah Membawa Padah
Wednesday, March 28, 2012
Jual Online tapi tak letak harga... kena PM?
aku terbaca 1 tweet ni ..lebih kurang gini bunyiknya :
" peniaga online yg letak product/service kt website but xletak harga, aku rs malas nk tgk.sbb aku google nk taw brg n hrga sekali.senang."
Sebagai pengguna... aku pun rasa camtu... sama la kita masuk dalam kedai..semua barang dia tak letak harga...kita nak tanya dia satu..satu..satu..pas lebih 10 barang kita tanya,,,kita tak berkenan...pahtu kita pon blah..n for sure orang kedai tu plak BENGANG ngan kita kan...? Sapa suruh dia tak letak harga..kena la layan n customer ada hak..nak beli ka tak nak beli...
Sebagai peniaga lak.. dia tak mo letak harga kat kedai online dia ..pasai satgi ada peniaga online lain mai dok risik harga ..pahtu curik plak customer dia dengan harga yg rendah la rm1 2..contohnya.. penat dia dok pomote kan... ?
SO CAMNE..??
dari kaca mata pengguna...nyusahkan dia la....dia nak survey harga....
dari kaca mata seller plak.. dia terpaksa buat camtu nak jaga periuk nasik...
aku pun pening... tapi as peniaga aku letak ja HARGA... customer yg nak mintak diskaun..pandai2 la mintak..boleh bagi aku bagi...tak boleh aku inform elok2 la...

Saturday, March 24, 2012
masalah rambut gugur...jgn biarkan
Testimoni Pengguna
Saya seorang peniaga. Banyak sudah wang saya laburkan untuk perniagaan saya. Masalah datang bertimpa-timpa, seakan tiada kesudahannya. Namun bayang-bayang untung dan kejayaan masih tidak kelihatan. Disamping perniagaan banyak perkara lain yang terpaksa saya fikirkan, termasuk keluarga dan anak-anak yang bertebaran tinggal di asrama (termasuk pembelajarannya, perbelanjaannya, serta keselamatannya). Kadang-kadang tidur tidak nyenyak dan selalu terganggu oleh mimpi-mimpi yang menekan perasaan. Pada peringkat awal kesan ketara yang saya alami ialah rambut secara keseluruhannya menjadi halus seperti rambut bayi diikuti keguguran rambut yang teruk. Cuma dengan sekadar usapan pada kepala sudah cukup untuk rambut saya gugur. Akhirnya saya dapati bahagian atas kepala saya sudah mula kelihatan kulit, dengan rambut yang sudah terlalu jarang. Risau dengan keadaan tersebut saya berikhtiar mencari penawar. Mujur saya terjumpa Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure dan + Honey) Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) saya sapukan di kepala setiap malam sebelum tidur dan minyak kelapa dara + madu saya minum satu sudu setiap hari. Kini masalah rambut saya telah selesai dan secara kseluruhannya rambut saya sudah segar kembali sepertimana ketika saya remaja dahulu
---------------------------------------
Harga : RM 40 Free Post - Klik to Buy
Bukan setakat rambut..masalah kulit pun setel

Review Produk
Subscribe to:
Posts (Atom)