Terima Kasih jika sudi follow ..

Klik I please

Klik lah....Ada Offer Menarik.. JOM TENGOK

Friday, April 13, 2012

Rita vs Aidil - Gi Rita Go !!

Aku bukan peminat tegar Rita -- tapi kalau dia berlakon..aku tengokla.. sbb memang jenis aku bukan kipas susah mati punya orang. Today ada terbaca berita pasal Aidil nak bercerai.  Perkara pertama yang terlintas - Kesian anak-anak ! Tapi kalau dah 4 bulan anak2 tak tengok bapak diorang... mesti dah tak kisah kan... so kalaulah nanti anak2 dah besar then pandang sebelah mata ja kat bapak tu... jgn pulak nak kata itu anak derhaka...selidik dulu... siapa yang derhaka pada siapa ..?
Ok.. dalam hal ni aku simpati sangat dengan Rita - banyak benda dia kena tanggung..tapi aku pasti dia tak mengeluh kerana perlu tanggung anak2.. Anak2 itu sumber kekuatan dia... Syukur pada Allah.
2008 - Aidil sanggup membelakangkan keluarga sendiri, melukakan hati ibunya kerana ingin memperisterikan Rita.  Pengorbanan yang sangat besar kerana dia tidak mahu kehilangan Rita.  Sewajarnya pasangan ini telah maklum bahawa perkahwinan tanpa restu keluarga selalunya tidak kekal...TAPI ... jika diiringi doa..insyaAllah...  dan sewajarnya juga pasangan ini berusaha untuk mempertahankan ikatan mereka kerana kesusahan yang ditanggung oleh mereka selepas kahwin sepatutnya menjadikan mereka lebih tabah.  kalau dah cinta, sepatutnya apa pun sanggup ditempuhi.
Rita dikata macam2.. janda muda yang suka lelaki bujang... helloooo... laki bujang itu takkan tak reti nak buat pilihan kan..? So jgn salahkan Rita kalau Aidil jatuh hati padanya...pasti ada sesuatu yg sungguh istimewa pada Rita hingga Aidil sanggup belakangkan keluarga.  
Salah Kita ?
Ada yang kata - Tengoklah nanti.. kawin tanpa restu ni biasanya tak lama.  Kenapa doa yang seperti ini..?? Kenapa anda tak sebut benda yang baik.  adakah korang mendoakan mereka berpisah.  sepatutnya kita kata camni - "Moga2 terbukalah pintu hati keluarga Aidil untuk terima Rita seadanya...biarlah tua pun..tapi masih mampu tandingi body anak dara." Tapi aku yakin kata2 yang pertama tu lebih banyak... now jika penceraian itu terjadi..puaslah hati korang kan...sebab mulut korang masin... maka berbanggalah yek....
Jadilah lelaki yang sebenarnya lelaki...
Aidil memang salah.... dalam bnyk segi..sebagai LELAKI ... dia yg perlu ke depan... dia yang perlu pertahankan Rita.  Jika ada kepincangan pada Rita.. suamilah yang perlu dipersalahkan kerana gagal mendidik isterinya.  So..jangan ingat sebagai suami , anda ada kuasa VETO..rasa bosan ja...buang...bagi talak 1 2 3 .... nanti masuk neraka pun semudah A B C...

Berilah restu
Ibu bapa Aidil .. bagi aku, anda kejam... takkan tak ada rasa belas langsung pada anak2 Aidil... cucu dah 2 pun... Anda sebagai orang tua yang membesarkan Aidil... fahamilah jiwanya.  Jika dia yang memang inginkan penceraian ini, andalah yang sepatutnya memberi nasihat agar ikatan itu tidak terputus....  Bayangkan... jika 2 cucu itu anda buang dan kehidupan mereka terumbang ambing... hak anak itu akan dituntut... anda nak biar kaki Aidil separuh tu menempah gerbang neraka ?

Rita
Permohonan cerai dah sampai.. saya tumpang simpati..moga anda kuat..tapi jika diberi peluang oleh ALLAH untuk bersama lagi dengan Aidil..gunalah peluang itu sepenuhnya untuk cuba memenangi hati mertua anda..jangan kerana mereka tidak suka anda...maka anda pun bertindak menjauhkan diri... anda dan Aidil bersalah sejak awal lagi... jadi tebuslah kesalahan itu...cubalah sehabis daya untuk berada ditempat yang sepatutnya... 
dan jika penceraian itu terjadi, saya doakan anda mendapat hak penjagaan ke atas anak2 itu... mereka lebih layak bersama ibu mereka...kerana sememangnya Lelaki Itu Lemah...

** hanya luahan hati aku - tiada percubaan untuk cmpur tangan..hanya mendoakan yang terbaik buat Rita **

 
Like My Page - Bisnes Untuk Anak-anak

No comments:

Post a Comment

Share Jika Setuju