Terima Kasih jika sudi follow ..

Klik I please

Klik lah....Ada Offer Menarik.. JOM TENGOK

Saturday, May 5, 2012

baru 15 tahun .. jadi bini ka bahan deraan ??


 

Penjara 10 tahun seksa menantu

KABUL: Bapa, ibu mentua dan kakak ipar seorang pengantin kanak-kanak yang didera dan kisahnya mengejutkan dunia dikenakan hukuman penjara 10 tahun atas perbuatan mereka, kata seorang pegawai, semalam.

Sahar Gul, 15, yang dibakar dan dipukul serta kukunya dicabut ditemui di bilik bawah tanah rumah suaminya pada Disember lalu di wilayah Baghlan, timur laut Afghanistan. Dia dikurung dalam tandas selama enam bulan.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kepada bapa mentua, ibu mentua dan kakak ipar pengantin pada Selasa,” kata jurucakap Mahkamah Tinggi Afghanistan, Abdul Wakil Omari.
Gul diseksa anggota keluarga suaminya selepas dia menolak untuk menjadi pelacur.
Kumpulan hak asasi, Wanita untuk Wanita Afghanistan yang membantu Gul dalam kes berkenaan, berkata pihaknya tidak berpuas hati dengan hukuman itu.

“Kami tidak berpuas hati dengan hukuman dan akan membantunya membuat rayuan. Mengapa mereka hanya menerima hukuman 10 tahun sedangkan mereka bertindak mendera gadis itu sehingga dia hampir maut,” kata pengurus program, Huma Safi.

Kes Gul menarik perhatian di Afghanistan dan luar negara dan dia turut hadir menyaksikan prosiding di mahkamah di sini yang dihadiri 200 orang.
“Kali pertama beliau tiba di mahkamah dan melihat keluarga mentuanya, beliau ketakutan dan menggigil kemudian beliau bertenang dan meminta supaya hukuman mati bagi keluarga mentuanya,” kata Safi.

Suami Gul dan abang iparnya yang turut dituduh menderanya masih belum dapat diberkas.

Penderaan dan keganasan terhadap wanita terus menjadi masalah utama di Afghanistan selama sedekad selepas tentera asing diketuai Amerika menjatuhkan rejim Taliban.

Menurut angka organisasi kebajikan British, Oxfam, 87 peratus wanita Afghanistan dilaporkan mengalami penderaan fizikal, keganasan psikologi atau seksual atau kahwin paksa.

Suruhanjaya Hak Kebebasan Asasi Manusia Afghanistan melaporkan 1,026 kes keganasan terhadap wanita pada suku kedua 2011 berbanding 2,700 kes sepanjang 2010. – AFP/Agensi
 
Komen aku :
Ini kes yang terdedah .. yang tak terdedah... ???
Kat Malaysia, laki jadikan bini pelacur pun ada... itu laki tak sayang bini..cuma sayang duit yg bini akan bagi saja... mmg tak layak jadi suami..
Moral -- sebelum kahwin.. berhati-hati ... kalau dah b4 kawin pun dok tangan2kan... nak tunggu apa lagi...???


 
Like My Page - Bisnes Untuk Anak-anak

No comments:

Post a Comment

Share Jika Setuju